Lima yatim piatu akibat Covid-19 diziarahi Perdana Menteri, taja pendidikan

- Advertisement -

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masanya menziarahi lima beradik yatim piatu yang kehilangan kedua ibu bapa akibat COVID-19.

Ismail Sabri mengunjungi lima beradik berkenaan di kediaman mereka di Kota Perdana, Seri Kembangan, pada tengah hari Sabtu.

Kunjungan prihatin itu berlangsung santai, malah kelihatan Perdana Menteri tidak kekok melayan anak-anak berkenaan dengan mesra.

Dilaporkan, Perdana Menteri sempat memberikan nasihat kepada lima beradik ini selain menghulurkan sumbangan dan menzahirkan ucapan takziah kepada mereka sekeluarga dan menyatakan ingin membantu pendidikan lima bersaudara berkenaan.

Lima beradik itu kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka, Abdul Razak Basiron, 67, dan Intan Sulaiman, 63.

Sebelum ini media melaporkan kisah sedih lima beradik yatim piatu selepas ibu mereka, Ida Haryanie, 38, meninggal dunia pada 7 Oktober lalu manakala bapa mereka, Mohd Nasir Tahal, 46, terlebih dahulu meninggal dunia pada 11 Ogos lalu ketika kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat COVID-19.

Menerusi satu rakaman video Perdana Menteri menyantuni Muhammad Hadhrami, 11, Husna Humaira, sembilan tahun; Muhammad Harraz, tujuh tahun; Muhammad Hawwas, enam tahun, dan Hannan Humaira, tiga tahun dan dilaporkan beredar sejam kemudian.

Malah kelihatan Ismail Sabri meminta anak-anak kecil berkenaan memanggilnya atuk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat