Polis Teliti Laporan Berhubung Golongan Antivaksin- Hamzah

- Advertisement -

LARUT – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan akan membuat penelitian dan siasatan lanjut berhubung sebarang laporan yang berkait dengan kumpulan antivaksin yang berterusan dalam menyebarkan berita palsu.

“Setiap laporan yang diterima berkaitan kumpulan antivaksin akan diteliti dan disiasat secara mendalam sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil”.

Beliau yang ditemui selepas Program Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Kotak Makanan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau tengah hari tadi turut memberi jaminan sebarang laporan akan diperhalusi sebelum menentukan tindakan selanjutnya.

Ditanya pemberita berhubung keperluan akta baharu bagi mendakwa golongan antivaksin yang menyebarkan berita palsu dan mengancam nyawa, Hamzah berkata ia akan difikirkan kemudian.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan melalui menterinya Khairy Jamaluddin menggesa agar tindakan diambil kepada golongan antivaksin yang masih berterusan menyebarkan berita palsu hingga boleh mendatangkan kegusaran awam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat