26 Ladang Ternakan Babi Buang Sisa Kumbahan Ke Dalam Sungai

Anakanda Sultan Brunei Mangkat

BRUNEI - Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat hari ini. Memetik laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu...

Najib Persoal Langkah Jual FGV Ketika Syarikat Itu Diambang Keuntungan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada...

Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR - Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan. Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim...

Bantuan BPN 2.0 Fasa Pertama Dipercepatkan, Keutamaan Golongan B40

KUALA LUMPUR – Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah bermula lebih awal daripada dijadualkan iaitu 19 Oktober lalu. Sebelum itu ia dijadualkan pada 26...

UMNO Yakin Agong & Majlis Raja-Raja Akan Buat Keputusan Terbaik Untuk Rakyat

SHAH ALAM - UMNO menyatakan keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik untuk...

GEORGE TOWN – Sebanyak 26 ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini didapati membuang sisa kumbahan dan najis secara terus ke dalam sungai di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan negeri Dr. Norlela Ariffin berkata pada masa ini Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah merujuk pemilik ladang babi itu ke mahkamah sementara menunggu Enakmen serta Peraturan Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2020 dikuatkuasakan, tahun depan.

“Menerusi enakmen itu juga, tindakan perobohan ladang-ladang penternakan babi yang tidak mengikuti syarat termasuk membuang sisa ke dalam sungai boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Dewan Sri Pinang hari ini.

Beliau berkata sementara enakmen tersebut dikuatkuasakan pada 1 Jan 2021, pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah pencemaran sungai disebabkan pelepasan kumbahan dari ladang babi tersebut.

“Antaranya, bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan memasang perangkap di kawasan parit supaya sisa kumbahan ladang babi tidak terus masuk ke sungai. Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melupuskan sisa pepejal babi termasuk menukarnya bagi industri biogas,” katanya.

Norlela berkata menerusi enakmen itu juga, semua pemilik ladang ternak babi perlu menaik taraf ladang mereka kepada ladang tertutup dan perlu memastikan ladang itu memiliki keluasan yang mencukupi untuk membina kolam kumbahan supaya sisa tidak terus dibuang ke dalam sungai.

Persidangan dewan bersambung esok (hari ini).

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Berita Berkaitan

Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR - Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan. Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim...

Tiada Aktiviti Pembelian Panik Di Kawasan PKPB – KPDNHEP

PUTRAJAYA — Aktiviti perniagaan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaporkan dalam keadaan terkawal dan tiada...

PKPB Di Selangor Mungkin Dilanjutkan Jika Kes Jangkitan Meningkat

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat, kata Ketua...