Ramai Pihak Mahu Saya Jadi PM Sekali Lagi – Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa masih ramai pihak yang mahu beliau mengemudi negara sebagai Perdana Menteri sekali lagi, lapor FMT.

Mahathir yang juga Pengerusi parti Pejuang bagaimanapun berkata, setakat ini beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa. Saya tak tolak saya tak terima,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Julai lalu, Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan berkata, parti itu berhak mencalonkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri buat kali ketiga jika parti itu menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Khairuddin menegaskan demikian susulan hasrat Mahathir sebelum itu yang menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 sekiranya tiada calon lain yang sesuai untuk bertanding di kawasan berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai status pendaftaran Gerakan Tanah Air (GTA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA berharap kelulusan pendaftarannya tidak buat pada saat akhir.

“Kita menunggu bulan depan baru pihak JPPM akan putuskan sama ada GTA akan didaftar.

“Jadi saya harap janganlah didaftarkan sehari sebelum bubar kerajaan supaya kita tak ada masa untuk menyiapkan GTA untuk PRU15,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat