20 Ribu Peserta Sertai Acara Finale Malaysia Boleh Bersama Milo

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bermula 7 pagi, seramai lebih 20,000 rakyat Malaysia menyertai acara finale ‘Malaysia Boleh Bersama Milo’ yang dimulakan dengan aktiviti larian bersempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo, Nestle (Malaysia) Berhad berkata, kempen #MalaysiaBolehBersama yang telah diadakan bermula penghujung Ogos lalu mencapai sasaran dalam meraikan semangat perpaduan serta menyatupadukan rakyat Malaysia.

“Kami amat menghargai sokongan padu rakyat Malaysia terhadap kempen #MalaysiaBoleh Bersama MILO sehingga menjadikan acara kemuncak ini sambutan Hari Malaysia yang terbesar dan paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah penganjuran kami.

“Sebagai jenama yang telah berkembang bersam anegara dan dekat du hati jutaan rakyat selama lebih 70 tahun, kami akan terus membekalkan tenaga kepada rakyat dengan kebaikan khasiat Milo,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kempen #MalaysiaBolehBersamaMilo ini juga diilhamkan oleh Milo menerusi slogan ‘Malaysia Boleh’ bersempena Sukan SEA 1993.

Upacara pelepasan larian hari ini telah disempurnakan oleh lagenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, yang juga merupakan duta Milo Hi-Fibre.

Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, seperti zumba, senamrobik dan sesi surf skate yang menampilkan platform ombak mudah alih yang pertama di Malaysia.

Selain itu, buat pertama kalinya lagu yang dicipta khas ‘Kitalah Juara’ telah dinyanyikan oleh artis terkenal, Ayda Jebat, Amir Masdi dan Jestinna Kuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat