Mahathir Mungkir Janji, Tidak Beri Laluan Anwar Jadi PM – PKR

- Advertisement -

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mungkir janji dengan tidak memberikan laluan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak timbul isu Anwar tidak memperolehi sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.

Saifuddin juga menafikan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa bahawa beliau masih lagi Perdana Menteri jika bukan kerana langkah Anwar.

“Tidak timbul Anwar tak sokong. Perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah Dr Mahathir jadi Perdana Menteri ketujuh. Anwar, PKR dan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji. PH menang PRU14 dan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh negara.

“Saya sendiri yang mewakili PKR di samping pimpinan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang terlibat tahu bahawa Dr Mahathir setuju sebagai PM interim.

“Beliau tidak setuju menetapkan tarikh untuk berhenti tetapi setuju dua tahun untuk tidak dilihat sebagai ‘lame duck’ atau pemimpin yang akan pincang. Ternyata Dr Mahathir mungkir janji,” katanya seperti dipetik daripada portal Malaysiakini.

Saifuddin turut menjelaskan bahawa Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa membuat perbincangan dengan pimpinan PH.

“Beliau hilang jawatan akibat perbuatan sendiri yang silap. Jika beliau mengakui kesilapannya beliau akan lebih dihormati.

“Janji PKR dan PH untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh telah ditunaikan. Namun, Dr Mahathir sendiri tidak tunai janji untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar. PKR tidak pernah janji sokong Dr Mahathir sebagai PM kelapan.

“Jika, Dr Mahathir tunai janji, tidak timbul Anwar tak cukup majoriti,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat