Serangan siber bantu BN patahkan tohmahan lawan pada PRU-15 – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan lawan habis-habisan di platform media sosial pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan jenteranya supaya tidak mudah ‘koyak’ dengan serangan pasukan siber lawan.

“Kita perlu akui antara faktor BN tewas dalam PRU-14 kerana ketidakmampuan kita menguasai platform media sosial.

“Kita gagal memanfaatkan saluran penyampaian maklumat yang cepat dan mudah itu untuk mengamit keyakinan pengundi terhadap BN.

“Sedangkan lawan BN pada waktu itu memanipulasi sepenuhnya platform berkenaan untuk melancarkan propaganda dan tohmahan mereka,” kata Zahid dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru menurut beliau, media sosial kini gelanggang BN.

“Maka kita katakan pada mereka “no more drama”. Kini media sosial juga gelanggang BN. Seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri BN akan gempur.

“Kali ini kita akan “fight” habis-habisan demi menyelamatkan rakyat dan negara daripada hasutan dan tohmahan mereka “with facts” dan “with reality”

“Justeru, saya berharap seluruh jentera BN memahami apa yang saya maksudkan dengan pendekatan baharu BN pada Konvensyen Wanita BN,” ujarnya.

Pendekatan baharu secara hibrid itu kata Zahid, yang melibatkan dua komponen gerak kerja iaitu secara fizikal dan secara maya.

“Kaedah konvensional seperti perjumpaan secara fizikal dan mengedar risalah BN diteruskan, tetapi arena media sosial harus dikuasai.

“Menjelang PRU-15 lawan BN akan terus berusaha mereka-reka propaganda dan tohmahan baharu di media sosial untuk menanam kebencian dalam jiwa rakyat.

“Seluruh jentera BN perlu bingkas menangkis tohmahan mereka secara berfakta supaya persepsi negatif yang mahu mereka naratifkan dapat diatasi,” tegasnya.

Zahid turut menitipkan tips kepada jentera partinya iaitu usah terkesan dengan cacian pasukan siber lawan mahu melemahkan mentaliti kita, sebaliknya terus istiqamah kepada fakta dan kebenaran yang ada pada kita.

“Kedua, jangan hanya berkongsi fakta dan kebenaran sesama kita, sebaliknya salurkan ia kepada setiap pengundi termasuk pengundi baharu dan pengundi atas pagar.

“Seterusnya tumpukan penyaluran maklumat terhadap laman media sosial yang menjadi tumpuan masyarakat kerana amat penting maklumat itu sampai ke pengetahuan mereka.

“Semoga usaha kita untuk memastikan kemakmuran dan kestabilan kembali di Malaysia pada PRU-15 ini diberkati Allah S.W.T,” ucap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat