Moevd Groups Sdn.Bhd metrai MoU bersama PAPUH dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Moevd Groups Sdn.Bhd di bawah jenama Moevd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) dan Zurich Genaral Takaful Malaysia Berhad hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Moevd Groups Sdn.Bhd, Zumy Zuheidy berkata, kerjasama strategik ini diadakan bagi menyediakan perkhidmatan yang mudah, mesra pelanggan dan boleh dipercayai bagi pengguna aplikasi ini.

“MoU bersama PAPUH ini adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada semua agensi umrah di Malaysia yang berdaftar dengan PAPUH untuk mengembangkan agensi umrah mereka di aplikasi Moevd yang baru diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.

“Manakala MoU bersama Zurich merupakan rakan strategik Moevd Groups Sdn.Bhd yang menawarkan pelan takaful perjalanan untuk pelanggan yang membeli pakej umrah di platform Moevd, selain daripada takaful kenderaan dan takaful kemalangan diri,” katanya semasa sidang media selepas majlis menandatangani MoU bertempat di Hotel Grand Barakah, hari ini.

Jelasnya, melalui perkhidmatan ‘Moevd Umrah’ di dalam aplikasi ini, agensi umrah yang telah berdaftar boleh menawarkan semua pakej umrah sepanjang tahun kepada bakal jemaah secara dalam talian.

“Aplikasi Moevd ini akan menjadi platform ‘aggregator’ pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej umrah di bawah satu platform.

“Pelanggan boleh membuat perbandingan dan memilih pakej umrah yang terbaik untuk diri sendiri atau keluarga secara dalam talian, pada bila bila masa dan di mana sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Moevd merupakan ‘Aplikasi Gaya Hidup’ yang dibangunkan oleh syarikat berdaftar di Malaysia, menawarkan servis seperti e-hailing, penghantaran makanan, pakej umrah, insurans, penghantaran bungkusan dan banyak lagi.

Melalui platform ini, orang ramai boleh mengakses pelbagai perkhidmatan bagi kehidupan seharian sesuai dengan slogan Moevd ‘smile in every moment’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat