Ada ‘Penjenayah’ Dalam PN, Dakwaan Tun M Perlu Dipandang Serius – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) didukung ‘penjenayah’ dan beliau tidak boleh menerima perkara itu dilihat memiliki merit tertentu dan wajar diberi perhatian.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Dr. Mahathir masih mempunyai ketajaman pemikirannya sendiri selain diakui sememangnya seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam selok-belok politik negara.

“Saya nampak pandangan beliau itu ada merit-merit tertentu. Bagi saya, apa-apa pandangan Dr. Mahathir, selagi ia baik, wajar diberikan perhatian walaupun beliau tidak mengikat kepada sesiapa.

“Oleh kerana beliau memberikan pendapat tersebut secara individu, kita menghargainya,” katanya memetik Utusan Malaysia di Kota Bharu, semalam.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir dilaporkan mengakui ada pihak tertentu memujuknya menyertai PN, namun, beliau menolak dengan alasan tidak boleh bekerjasama dengan beberapa ‘penjenayah’ yang ada dalam kerajaan sekarang.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau hanya akan mempertimbangkannya kemungkinan untuk menyertai PN sekiranya para penjenayah tersebut tidak lagi berada dalam gabungan tersebut.

Dr. Mahathir dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah.

Dalam perkembangan berkaitan, Annuar berkata, gesaan pemimpin pelbagai peringkat dalam UMNO supaya Ahmad Zahid berundur dan melepaskan jawatan itu ketika ini adalah tidak wajar dan perlu dihentikan segera.

“Saya tidak setuju dengan desakan supaya Ahmad Zahid berundur. Bagi saya, lebih elok kita ikut saja kepada peraturan parti sehingga tamat tempoh hakiki pada 30 Jun ini. Sekarang April, dua bulan sahaja lagi.

“Kalau nak berundur pun, itu adalah hak tuan punya badan,” katanya.

Menurut bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, semua pemimpin dalam UMNO sepatutnya menjadikan bulan Ramadan ini sebagai titik membentuk semula berpaduan dalam parti yang kian retak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat