Anwar beritahu, PH tak bincang dengan parti tapi ahli Parlimen yang nak berkolaborasi

KUALA LUMPUR- Pakatan Harapan (PH) tidak berbincang dengan mana-mana parti untuk berkolaborasi namun bersama Ahli Parlimen tertentu yang berpegang teguh kepada agenda reformasi.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia juga tidak terbatas kepada Ahli Parlimen satu parti semata-mata.

“Kita telah berinteraksi dengan Ahli Parlimen individu yang berpegang kepada agenda reformasi dan membanteras rasuah.

“Maksud saya, ia tidak hanya terbatas kepada UMNO, seperti orang-orang yang berada dalam gabungan sekarang dan dahulu yang selalu berkompromi. Inilah sesuatu yang membimbangkan,” katanya semasa ditemurah saluran CNBC pada Jumaat.

Ketetapan Port Dickson sebelum ini memutuskan Anwar mengetuai kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Antara ketetapan lain termasuk mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan sekali gus menamatkan darurat.

Dalam pada itu Anwar menegaskan, tidak timbul isu kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun jika diberi peluang.

Tegasnya, Najib juga bukan mengetuai mana-mana parti selain berhadapan perbicaraan mahkamah yang mengambil masa bertahun-tahun.

“Jangan lupa bahawa kami pernah bekerja dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan syarat dia mengikuti agenda reformasi. Kita berjaya dalam beberapa aspek tertentu tetapi dia gagal kerana tidak mengotakan banyak janji.

“Ini bukan masalah kepemimpinan semata-mata, tetapi dari segi komitmen reformasi, sangat selektif dari segi prasyarat serta langkah-langkah. Sekarang dengan merujuk kepada Najib, persoalannya tidak relevan, tidak ada asasnya.

“Dia tidak memimpin parti, dia tidak terlibat dalam perbincangan dengan kami, hanya persepsi. Dia diadili dan saya rasa akan mengambil masa bertahun-tahun. Saya rasa tidak perlu untuk melibatkannya dalam siri rundingan yang berlangsung,” katanya.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...