Undi 18: Cari jalan menang, bukan lari – Shahril Hamdan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyeru kerajaan bertindak ‘gentleman’ membenarkan usia layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sambil menyatakan Ahli Parlimen sudah membincangkan dan menyokong langkah tersebut, Shahril berkata kerajaan harus “bersikap budiman” dan tidak mengubah pendirian mereka dalam isu ini “hanya kerana pengundi muda tidak memihak kepada parti pemerintah”.

“Cari jalan untuk menang, bukan cara untuk lari,” katanya di Twitter.

Shahril berkata, “bahkan mereka yang berusia lebih dari 21 tahun akan mengecam anda” sekiranya kerajaan tidak meneruskan langkah itu, sambil menambah, mereka yang “bermain kotor” akan kehilangan kredibiliti.

Shahril berkata, generasi muda harus diberi hak dan kepercayaan untuk menentukan masa depan mereka, terutama dengan cabaran yang mereka hadapi sekarang.

“Ini sudah dipersetujui bersama, jadi teruskan sahaja.

“Menang atau kalah belum tentu. Tapi pihak yang dilihat “main kasar”, dijamin hilang kredibiliti.

“Pertimbangan pemimpin politik muda harus menjangkau jangka pendek. Kalau halang Undi18 hari ini, sekalipun ‘survive’ PRU-15, siap sedia batch itu takkan lupa PRU-16,” bidas Shahril.

Ujar beliau, generasi muda mesti diberikan hak dan kepercayaan untuk menentukan masa depan mereka, terutamanya dengan cabaran menggunung.

Komennya muncul susulan forum dalam talian di mana Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dilaporkan berkata, rakyat belum bersedia untuk mengundi pada usia 18 tahun.

Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim juga baru-baru ini mendakwa, keputusan untuk menurunkan usia layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dibuat secara tergesa-gesa oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2019, Parlimen bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan rakyat berusia 18 tahun mengundi dan bertanding sebagai calon dalam pilihan raya. Undang-undang tersebut telah diwartakan secara rasmi pada September 2019.

November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan Dewan Rakyat pelaksanaan usia layak mengundi baharu dan pendaftaran pengundi automatik dijangka bermula selewat-lewatnya Julai. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat