Presiden UMNO 22 tahun adakah Dr M juga ‘warlord’? Rahman Dahlan tanya Daim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan kenyataan veteran politik, Tun Daim Zainuddin bahawa parti itu tidak mampu menarik sokongan majoriti rakyat kerana ia sarat dengan ‘warlord’ atau panglima perang yang beranggapan masih menerajui negara.

Memetik FMT, Abdul Rahman berkata, Daim perlu memberikan nama pemimpin UMNO yang dimaksudkan secara spesifik.

Malah kata Abdul Rahman beliau juga mahu tahu bagaimana Daim melihat Tun Dr Mahathir Mohamad yang memegang jawatan Presiden UMNO selama 22 tahun sebelum meletakkan jawatan dan akhirnya menubuhkan Bersatu.

“Semua parti ada ‘warlord’ dalam Malaysia dan bukan sahaja terhad kepada UMNO. Persoalannya, UMNO akan ada pemilihan parti tahun ini dan saya rasa ia memberi peluang kepada ahli parti untuk memilih pucuk pimpinan, bukan sahaja di peringkat tertinggi, tetapi juga di peringkat bahagian.

“Apa yang penting adalah memberi ruang kepada perwakilan parti untuk memilih pemimpin tanpa gangguan. Jika orang yang sama tetapi dia dipilih ini bermakna orang itu adalah orang yang diminati. Contohnya Dr Mahathir, dia dahulu dipilih selama 22 tahun, adakah dia ‘warlord’,” katnya memetik portal itu.

Semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, Daim dilantik sebagai ketua Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Pakatan Harapan (PH), yang turut dianggotai bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas ketua pegawai eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, taikun Robert Kuok dan pakar ekonomi Dr KS Jomo.

Kata Abdul Rahman lagi, tuduhan Daim yang UMNO tidak mendapat sokongan oleh rakyat hanya boleh dibuktikan apabila PRU-15 diadakan. Baginya, ketika ini tidak ada suatu formula khusus atau data tepat yang menunjukkan UMNO tidak menerima sokongan rakyat.

“Itu pandangan beliau. Kami semua ada pandangan masing-masing. Soal hubungan UMNO-Bersatu , bagi saya ia adalah hubungan yang kompleks kerana kedua-dua parti ini bertarung untuk kawasan yang sama. Jadi, apa yang saya nampak ada pro dan kontra jika UMNO masih meneruskan kerjasama dengan Bersatu,” katanya.

Daim dalam wawancara dengan FMT menyifatkan UMNO sebagai tidak lagi mampu menarik sokongan majoriti rakyat kerana sarat dengan “warlord” (panglima perang) yang beranggapan mereka masih menerajui negara.

Malah, menurut Daim, ramai pemimpin UMNO “tidak belajar dari sejarah” dan gagal menawarkan sebarang kepimpinan bermakna untuk kebaikan rakyat tetapi masih bertindak seolah-olah “warlord” yang menguruskan negara. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat