Zahid tenangkan ahli UMNO, parti ada hala tuju, strategi bijak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merungkai kekusutan yang bersarang di sanubari setiap ahli UMNO yang bimbang tentang hala tuju parti.

Menurut Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa UMNO ada hala tuju yang jelas dan strategi tidak skema bagi mendepani PRU-15.

“Ada yang resah dan bertanya UMNO seolah-olah tiada hala tuju. Apa yang Presiden UMNO lakukan? Ke mana UMNO mahu dikemudi?

“Saya faham keresahan ini. Justeru hari ini saya beri jaminan bahawa UMNO ada hala tuju yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu hala tuju UMNO paling utama ketika ini adalah memperkasakan Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan PRU-15.

Manakala yang kedua katanya ialah memperkukuhkan kerjasama dengan pihak yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk bekerjasama dengan BN.

“Saya juga faham hala tuju sering dikaitkan dengan strategi. Sekali lagi saya beri jaminan UMNO ada strategi.

“Cumanya ia bukan lagi strategi politik sekiranya semua pihak terutama lawan tahu apa yang UMNO sedang dan akan lakukan.

“Strategi UMNO tidak boleh statik, rigid, kaku dan kejang. Strategi politik tidak boleh skema. Perlu bijaksana,” jelas beliau.

Dalam pada itu, menurut Ahmad Zahid menelusuri senario semasa yang disesuaikan berdasarkan analisis SWOT dan kehendak akar umbi tanpa mengorbankan agenda perjuangan.

“InsyaAllah barisan pimpinan UMNO mempunyai strategi yang terbaik untuk UMNO, para ahli-ahlinya dan rakyat keseluruhan.

“Tetapi agak menghairankan apabila anti-UMNO yang seolah-olah paling kecewa dan hari-hari marah kerana UMNO kononnya tiada hala tuju.

“Hari-hari membangkitkan perkara itu di media sosial. Apakah muslihatnya saya fikir saudara saudari ada jawapannya,” ujar beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat