Dr Mahathir, Muhyiddin berjaya batal saman kerana tamatkan HSR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia dan empat yang lain untuk membatalkan saman Mohd Hatta Sanuri berhubung dakwaan cuai kerana menamatkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain membatalkan saman difailkan Mohd Hatta pada 30 Disember tahun lalu selepas memutuskan bahawa beliau tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengambil tindakan undang-undang berkenaan dan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Selain kerajaan, Mohd Hatta (plaintif) turut menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Roz Mawar turut memerintahkan Mohd Hatta membayar kos RM10,000, lapor BH pada Jumaat.

Mohd Hatta memfailkan saman itu dengan mendakwa mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan pembaziran dilakukan semua defendan, berhubung penamatan projek terbabit.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Hatta mendakwa Dr Mahathir, yang ketika itu Perdana Menteri ketujuh melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatan awam apabila mengambil keputusan menangguhkan projek HSR.

Katanya, ia menyebabkan kerajaan dan rakyat perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.

Plaintif juga mendakwa Muhyiddin, yang ketika itu Perdana Menteri kelapan turut cuai dan menyalah guna jawatan awam apabila menamatkan projek itu sehingga kerajaan dan rakyat selaku pembayar cukai perlu membayar RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.

Mohd Hatta mendakwa, Mustapa yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek itu melakukan kecuaian ketika menangguhkan projek sehingga menyebabkan wang negara perlu dikeluarkan.

Selain itu, Mohd Hatta mendakwa Ka Siong cuai ketika menguruskan projek sehingga mendatangkan kesusahan dan kerugian berjumlah RM46 juta dan RM320.27 juta itu kepada rakyat Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat