Megat Jalaluddin dilantik Presiden, CEO TNB berkuat kuasa 1 Mac 2024

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) melantik Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Mac 2024.

TNB berkata, Megat Jalaluddin dilantik oleh pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac 2024 sehingga 29 Februari 2026.

Megat Jalaluddin, 58, yang ketika ini iailah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan akan menggantikan Datuk Seri Baharin Din.

“Baharin akan melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden dan CEO TNB serta jawatan pengarah di anak syarikat berkaitan dalam kumpulan syarikat TNB,” katanya dalam satu kenyataan.

Megat Jalaluddin membina kerjaya di TNB dengan berkhidmat dalam pelbagai jawatan kejuruteraan dan pengurusan syarikat termasuk perancangan perniagaan dan strategik, pembangunan perniagaan, pengurusan projek, pembaikan proses perniagaan, perkhidmatan permeteran dan perkhidmatan kejuruteraan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat