Bekas Adun PAS Sertai UMNO, Buka Cawangan Baru Di Pagoh

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Bukit Pasir, Najib Lep hari ini mengesahkan beliau telah memilih untuk menyertai UMNO kerana yakin dengan perjuangan parti itu yang mana perlembagaannya turut meletakkan Islam di peringkat tertinggi.

Memetik laporan FMT, Najib Lep berkata beliau menyertai UMNO secara rasmi pada Mei bersama sekumpulan ahli PAS dan menubuhkan cawangan baharu UMNO di Bandar Universiti Pagoh.

“Ramai (ahli PAS masuk UMNO) sebab kalau dalam UMNO, nak wujudkan cawangan kena ada 50 orang ahli baru.

“Saya dah ada lebih 50 ahli baru yang belum pernah masuk UMNO. Dalam masa sama ahli-ahli lain yang mengikuti saya,” katanya.

Najib turut menolak andaian beliau menyertai UMNO kerana mahu bertanding dalam PRU15.

“UMNO di Pagoh tak ketandusan pemimpin, mereka ada pemimpin kelayakan tinggi.

“Saya orang baru, bergantung pada pengalaman Adun, saya tak letak sasaran masuk UMNO sebab nak tanding,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Untuk rekod, Najib Lep adalah satu-satunya wakil PAS di Johor sebelum DUN dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Pada PRN Johor yang lalu, PAS menggugurkan keahlian Najib Lep dari parti itu selepas memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas selepas namanya tidak disenaraikan sebagai calon di kawasan sama.

Pada PRN itu calon BN, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berjaya menawan semula kerusi Bukit Pasir dengan memperoleh 6,048 undi menewaskan calon PAS (PN) Iqbal (5,850), Najib Lep (1,860) serta tiga calon lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat