Beri isyarat kepada PM rakyat terbeban, jadi PN kena menang Nenggiri – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) perlu menang PRK Nenggiri Sabtu ini bagi memberi isyarat kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa rakyat kini terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beban kos sara hidup menjadi isu utama rakyat berdasarkan satu kajian yang dilakukan.

Keputusan PRK ini penting untuk bagi isyarat kepada Anwar, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan menteri lain bahawa orang Nenggiri tahu apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang amat buruk, katanya ketika berucap dalam kempen PRK Nenggiri, Gua Musang lapor FMT pada Khamis.

Beliau berkata, susulan kenaikan kos sara hidup bawah pentadbiran sekarang rakyat mengharapkan PN segera mengambil alih Putrajaya.

“Saya pergi ke mana-mana ada rakyat yang jumpa saya tanya Tan Sri bila lagi nak ambil alih kerajaan semula.

“Itu dia tanya, maknanya rakyat tak tahan dengan pentadbiran kerajaan hari ini, katanya.

PRK DUN Nenggiri akan berlangsung Sabtu ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan PAS diwakili Rizwadi Ismail.

Seramai 20,259 pemilih layak mengundi pada PRK itu membabitkan Melayu (17,636 orang), Cina (36), India (8) dan (2,843) bagi kategori kaum lain termasuk Orang Asli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat