Oleh Roslan
DUN Paya Rumput memperlihatkan perubahan landskap politik yang menarik untuk diperhatikan, khususnya apabila jumlah pengundi meningkat dengan ketara, komposisi demografi semakin berkembang dan penyandang terdahulu tidak lagi mempertahankan kerusi berkenaan.
Dengan 46,521 pemilih berdaftar, iaitu pertambahan sebanyak 20,066 pemilih atau kira-kira 75.9 peratus dalam tempoh lima tahun.
Paya Rumput menjadi antara kawasan yang mempunyai jumlah pengundi terbesar dalam pilihan raya negeri kali ini.
Penyandang Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 629 undi pada PRN lepas, bertindak untuk tidak mempertahankan kerusi ini.
Ini mewujudkan dilema tersendiri dalam kalangan pengundi dan penyokong tradisi UMNO, dimana mereka terpaksa memberikan sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) daripada parti PAS.
Hubungan dan kerjasama antara UMNO-PAS berdasarkan rekod terdahulu tidak pernah berkekalan lama.
Bagi penduduk di kawasan Dun Paya Rumput sendiri, tinjauan mendapati sebahagian penduduk beranggapan bahawa Dun Paya Rumput telah menjadi alat transaksi kerjasama antara BN-PN.
Seolah-olah kawasan Paya Rumput tidak dianggap sebagai kerusi penting oleh BN sebagai penyandang DUN terdahulu. Kemungkinan untuk undi protes terhadap calon PN adalah sangat tinggi.
Beralih kepada calon, Datuk Azman Bidin (Tok Man) yang merupakan setiausaha politik kepada Perdana Menteri, daripada Putrajaya turun menawarkan khidmat beliau di Paya Rumput, dilihat mendahului dalam kempen kali ini.
Tok Man mengetengahkan empat keutamaan menerusi Aspirasi Paya Rumput yakni melibatkan infrastruktur dan keselamatan, pemerkasaan ekonomi komuniti, kesejahteraan perumahan serta persediaan generasi muda.
Empat teras yang menyentuh terus kepentingan dan kelangsungan semua golongan di Paya Rumput.
Kedudukan Tok Man sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri juga memberikan dimensi tersendiri kepada penduduk Paya Rumput ini.
Hubungan dengan pentadbiran Persekutuan adalah “golden tiket” kepada penduduk Paya Rumput untuk mendapat pelestarian tanpa perlu karenah birokrasi yang rumit untuk terlaksana.
Di Paya Rumput terdapat enam daerah mengundi, iaitu Hujong Padang, Kerubong, Pantai Cheng, Cheng Perdana, Cheng dan Tanjung Minyak.
Rekod PRN 2021 menunjukkan empat daripada enam daerah mengundi dimenangi PH, manakala dua lagi dimenangi BN.
Pada PRU15, Kerubong dan Tanjung Minyak pula menunjukkan PN memperoleh undi tertinggi di kedua-dua kawasan tersebut. Perubahan undi yang agak signifikan dan berubah-ubah tanpa pola yang tetap.
Bagi penulis yang mengikuti perkembangan di lapangan, persoalan paling penting bukanlah siapa yang paling kuat membawa nama parti, atau sentimen merah melawan biru, tetapi bagaimana masa depan Paya Rumput mahu dibentuk.
Melaka rumah kita, DUN Paya Rumput tempat penduduk Paya Rumput membina kehidupan. Maka, pilihan terbaik setakat ini ialah Tok Man, beri peluang kepada beliau untuk jaga Paya Rumput.


