Muhyiddin bebas 4 pertuduhan, Hamzah akan saman kerajaan, SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bukan sahaja memutuskan bahawa pertuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin sebagai cacat, tidak berasas, kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah tetapi juga merupakan kesalahan peggunaan proses mahkamah.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau akan memulakan tindakan undang-undang bagi menyaman kerajaan Malaysia serta SPRM berhubung kes tersebut.

“Kebenaran akhirnya berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pengerusi Perikatan Nasional.

“Kezaliman serta dendam kesumat Kerajaan PH-BN sengaja mencipta fitnah, mengada-adakan pertuduhan dan menyalahgunakan kuasa bagi mendakwa pemimpin PN terbukti di mahkamah hari ini.

“Kezaliman ini perlu dihentikan dan saya juga telah memulakan tindakan undang-undang bagi menyaman kerajaan Malaysia serta SPRM,” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mendesak Peguam Negara supaya menyemak dan mengkaji semula semua pendakwaan terpilih terhadap pimpinan BERSATU dan Perikatan Nasional untuk tujuan ditarik balik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat