Isham Jalil tak puas hati, gesa Peguam Negara fail rayuan pendakwaan kes Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas tuduhan rasuah RM200 juta dari dana Jana Wibawa.

Katanya, beliau amat tidak bersetuju kerana dia dan rakyat Malaysia bayar cukai bukan untuk menteri-menteri dapat rasuah bagi kegunaan parti politik mereka.

Jelasnya lagi, wang rakyat dan cukai tidak sepatutnya diguna untuk tujuan ini. Dan jika rasuah itu diterima untuk dimasukkan ke dalam akaun parti politik sendiri, ia adalah untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan awam. Sebab rakyat mempunyai pandangan politik yang berbeza dan membayar cukai bukan untuk menaja parti politik.

“Ini amatlah pelik. Kalau begini, adakah apabila sesiapa jadi Perdana Menteri atau menteri selepas ini maka mereka boleh meminta rasuah dari kontraktor atau syarikat berjumlah beratus juta dari projek kerajaan di mana sumber dana adalah wang rakyat dan hasil cukai, asalkan mereka masukkan ke akaun parti politik mereka?

“Saya amat tidak bersetuju. Sebab saya dan rakyat Malaysia bayar cukai bukan untuk menteri-menteri dapat rasuah bagi kegunaan parti politik mereka. Wang rakyat dan cukai tidak sepatutnya diguna untuk tujuan ini. Dan jika rasuah itu diterima untuk dimasukkan ke dalam akaun parti politik sendiri, ia adalah untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan awam. Sebab rakyat mempunyai pandangan politik yang berbeza dan membayar cukai bukan untuk menaja parti politik.

“Saya gesa supaya Peguam Negara memfailkan rayuan pendakwaan ke atas kes ini di Mahkamah Rayuan. Sebab jika kes ini menjadi keputusan dan duluan undang-undang, maka lebih teruklah rasuah berleluasa di negara ini.” Katanya menerusi kenyataan Facebooknya pada Selasa.

Menurut Isham lagi, fakta tuduhan yang diberi oleh SPRM ialah Muhyiddin telah meminta rasuah lebih RM200 juta di Pejabat Perdana Menteri dari tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn. Bhd., Nepturis Sdn. Bhd. dan Mamfor Sdn. Bhd. Dan RM195 juta telah masuk ke akaun parti Bersatu dari Bukhary Equity sebelum pilihanraya umum tempohari.

Sebab pembebasan yang diberi oleh mahkamah ialah ini kononnya tidak salah mengikut Akta SPRM.

“P/S: Bila kena pada UMNO dan Najib semua salah, ada bukti baru pun mahkamah tolak. Bila kena pada parti lain semua ok. Rasuah RM200 juta pun boleh masuk dalam akaun parti tak mengapa. Apa nak jadi negara ini? Soalnya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat