“Kalau Presiden Umno gagal maknanya keseluruhan kepimpinan parti juga gagal” – Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed menegaskan, tidak boleh meletakkan beban kesalahan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad zahid Hamidi saja atas kekurangan prestasi parti sebaliknya setiap orang perlu sama-sama memikul tanggungjawab dan seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikan segala kemelut.

Beliau malah menyeru sepatutnya ahli Umno mempertahankan pemimpin parti selagi keputusan mahkamah belum dilaksanakan.

“Seperti yang saya jangkakan, selesai saja PRN enam negeri kelmarin dan bila keputusan menunjukkan Umno-BN mengalami nasib yang tidak baik, terus ada pihak yang tuding jari salahkan Presiden Umno.

“Terus ada yang desak Zahid lepaskan jawatan dan perlu dipertanggungjawabkan atas prestasi buruk UMNO-BN. Ada yang cakap peralihan sokongan pengundi terhadap Umno hanya semata-mata kerana batang tubuh Zahid saja, sedangkan masih ada banyak isu lain yang turut jadi penyumbang.

“Macam biasalah, geng pro PN dalam kalangan Umno paling pantas bingkas untuk jadikan Zahid sebagai kambing hitam sekali lagi selepas PRU15. Macam Idris Jusoh yang masih rasa kecewa sebab tempat beliau sebagai Pengerusi Felda (dilantik oleh Muhyiddin ketika jadi PM8) diganti oleh Ahmad Shabery tahun ini.

“Kenapa dia hanya namakan Zahid seorang saja yang perlu letak jawatan? Kenapa dia tak petik nama Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said, Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan, Pengerusi Umno Kedah, Mahdzir Khalid, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadhir? Pengerusi Umno Selangor, Megat Zulkarnain? Sebab kalau nak diikutkan di lima negeri itu, prestasi Umno buruk kecuali Negeri Sembilan.

“Kenapa puak pendesak dalam Umno tak salahkan Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Pusat dan bahagian sekali dalam kekalahan ini? Sepatutnya semua pihak perlu ambil tanggungjawab sebagai sebuah kesatuan dalam Umno. Sebabnya kalau Presiden Umno gagal maknanya keseluruhan kepimpinan parti juga gagal,” bidas Nur Jazlan di Facebooknya pada Selasa.

Hal demikian katanya, beliau bersetuju dengan pandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Dia lebih rasional dan bijak dalam mengulas kekalahan calon Umno pada PRN ini. Dia tak mahu orang Unmno hanya salahkan Presiden saja tapi sebaliknya semua pihak kena pikul tanggungjawab termasuk dirinya sendiri.

“Apa yang penting kata Johari, Umno perlu buat post mortem dan ubah bangkit untuk mengembalikan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu kepada parti itu.

“Macam beberapa orang dalam kepimpinan Umno Pusat yang terus melatah dan kononnya terpaling bijak dalam menerajui parti. Bila prestasi buruk saja, terus bingkas keluarkan kenyataan kononnya Umno perlu buat perubahan. Tapi hanya cakap suruh buat perubahan saja tapi apa idea-idea perubahan itu tak ada.

“Kerja sendiri pun banyak yang ke laut dan hanya tahu sembang saja tapi hasilnya tak ada. Sampai negeri sendiri (Selangor) pun catat prestasi buruk tapi nak terus tuding jari pada orang lain.

“Padahal semua keputusan babitkan PRN ini dibuat secara konsensus. Keputusan dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno dan semua pemimpin yang duduk komplen tu ada dalam meeting. Lagipun Presiden UMNO berikan kebebasan kepada Umno negeri dan Ketua Bahagian dalam pemilihan calon-calon untuk PRN di DUN masing-masing,” tegas beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat