Sanusi pemimpin hebat, sebab itu ramai yang ‘serang’ – Hamzah

- Advertisement -

LARUT – Kritikan dan kecaman politik bertali arus diterima Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menunjukkan beliau seorang pemimpin hebat, kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Mereka merasakan Kedah ini sebuah negeri yang mereka kena tunjuk kuat, mereka tidak mahu menerima satu keputusan yang menyedihkan kepada penyokong-penyokong mereka.

“Pada saya YB (Yang Berhormat), Sanusi ini seorang berkhemah dan baik, tetapi dalam ceramah-ceramah tertentu, mereka serang dia secukup-cukupnya kerana mereka tidak mahu melihat kejayaan Sanusi yang begitu menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis Makan Malam bersama Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai Majlis Daerah Selama dekat sini pada Jumaat.

Hamzah bagaimanapun mengakui, budaya taktik menyerang pemimpin tertinggi di peringkat negeri menjelang pilihan raya negeri (PRN) adalah perkara biasa yang dilakukan semua peringkat parti.

Seperti di Selangor katanya, PN turut mengkritik pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Tak salah kerana ini kempen, mereka ‘attack’ pemimpin tertinggi kita di peringkat negeri, kita juga attack pemimpin mereka di peringkat negeri,” katanya.

-Artikel Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat