Iran Hukum Mati Bekas Pegawai Menteri Pertahanan, Dakwa Pengintip CIA

- Advertisement -

TEHRAN: Iran telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas pegawai kementerian pertahanan yang didakwa sebagai pengintip bagi pihak Agensi Perisikan Pusat AS (CIA), kata badan kehakiman negara itu.

Jurucakap kehakiman Gholamhossein Esmaili mengatakan pada Selasa bahawa Reza Asgari, yang pernah bertugas di jabatan aeroangkasa kementerian dan bersara pada tahun 2016, telah dihukum mati minggu lalu.

“Pada tahun-tahun terakhir perkhidmatannya, dia menyertai CIA. Dia menjual maklumat mengenai peluru berpandu kami … kepada CIA dan mengambil wang dari mereka,” kata Esmaili. “Dia dikenal pasti, diadili dan dihukum mati”.

Esmaili menambah bahawa hukuman mati untuk Mahmoud Mousavi-Majd, seorang lagi rakyat Iran yang dituduh mengintip untuk perisik AS dan Israel, adalah antara yang masih menanti hukuman untuk dijalankan.

Majd dituduh mengintip angkatan bersenjata Iran dan membantu AS untuk mencari Qassem Soleimani, jeneral tertinggi Iran yang dibunuh dalam serangan drone AS di Baghdad.

Pasca kematian Soleimani, Iran membalas dengan melancarkan peluru berpandu balistik ke arah tentera AS yang ditempatkan di Iraq, tetapi Presiden AS Donald Trump memilih untuk tidak bertindak balas secara ketenteraan.

Hukuman mati terbaru oleh Mahkamah Iran ini adalah kesinambungan terhadap beberapa keputusan sama sebelum ini.

Pada bulan Jun 2019, Iran tmengumumkan telah menggantung seorang lagi perisik, Jalal Haji Zavar, di sebuah penjara dekat Teheran.

Pihak berkuasa mengatakan Haji Zavar, yang juga mantan staf kementerian pertahanan, telah mengaku di mahkamah bahawa dia dibayar untuk mengintip oleh CIA, sambil menambah bahawa mereka merampas peralatan pengintipan dari kediamannya.

Isteri Haji Zavar pula dilaporkan dihukum penjara 15 tahun kerana berperanan dalam aktiviti pengintipan tersebut.

Iran pada Februari lepas telah menjatuhkan hukuman sama untuk Amir Rahimpour, lelaki lain yang disabitkan kerana mengintip untuk AS dan bersekongkol untuk menjual maklumat mengenai program nuklear Iran.

Tahun lalu, negara itu mengumumkan telah menangkap 17 pengintip yang dikatakan bekerja untuk CIA – AL Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat