Hukuman Mati Pertama Dalam Tempoh 17 Tahun Di US, Dilaksanakan

- Advertisement -

WASHINGTON – Beberapa jam setelah Mahkamah Agung menolak cabaran undang-undang pada saat terakhir dengan undian 5 berbanding 4, Jabatan Kehakiman melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki kerana peranannya dalam pembunuhan tiga sekeluarga pada tahun 1996

David Lewis Lee, 47 tahun, disahkan mati oleh koroner pada pukul 8:07 pagi di Terre Haute, Indiana.

Mahkamah Agung pada Selasa membenarkan semula perlaksanaan semula hukuman mati persekutuan melalui satu perintah tidak ditandatangani yang dikeluarkan selepas pukul 2 pagi.

Mahkamah mengenepikan perintah mahkamah lebih rendah yang menyekat sementara pelaksanaan hukuman mati ke atas Lee, dengan majoriti 5-4.

Keputusan untuk meneruskan pelaksanaan hukuman mati – pertama oleh Biro Penjara sejak 2003, telah menarik perhatian dari kumpulan hak asasi manusia, termasuk saudara mara mangsa Lee sendiri, yang tidak bersetuju dengan hukuman mati tersebut.

Lee, pada satu masa seorang pelampau kulit putih dan buta sebelah mata, dijadualkan untuk dihukum mati pada Isnin. Seorang hakim persekutuan berjaya menghalang pelaksanaan hukuman Lee, dan tiga yang lain – memetik cabaran berterusan terhadap protokol penggunaan suntikan maut oleh kerajaan persekutuan.

Perintah itu bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Agung yang kemudiannya membawa kepada perlaksanaan hukuman mati ke atas Lee.

Kata-kata terakhirnya sebelum dihukum mati ialah “Saya tidak melakukannya. Saya telah membuat banyak kesalahan dalam hidup saya, tetapi saya bukan pembunuh. … Anda membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah. ” Dia dilaporkan meninggal pada pukul 8:07 pagi – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat