Polisi baharu 5G, Kerajaan dijangka tanggung hutang RM12.5 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka akan menanggung hutang sebanyak RM12.5 bilion berikutan penukaran polisi 5G negara dari Single Wholesale Networks (SWN) kepada dwi rangkaian 5G yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil minggu lalu.

Perubahan model pelaksanaan 5G ini turut menimbulkan persoalan sama ada Digital Nasional Berhad (DNB) mampu membiayai  kos keseluruhan pemasangan 5G di seluruh negara sebanyak RM12.5 bilion.

Pembinaan infra 5G ke seluruh negara dalam tempoh yang singkat bukan mudah dan murah.

Dalam pengumuman minggu lalu, DNB akan meneruskan pemasangan 5G sehingga lebih 80 peratus sebelum model 5G baharu – dwi rangkaian – diperkenalkan.

Dalam model baharu akan wujud dua entiti yang akan menawarkan 5G kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNO). Dua entiti ini belum dimuktamadkan dan dinamakan Entiti A dan Entiti B. Entiti A ialah pihak yang akan mengambil alih DNB. Manakala Entiti B adalah pihak baharu yang akan diberi lesen sepktrum 5G kedua.

Dijangkakan spektrum kedua akan diberi kepada konsortium melibatkan Maxis dan Umobile berikutan dua syarikat ini paling terkehadapan menolak model SWN dan mahukan kebebasan MNO, seperti mana dalam spektrum 3G dan 5G.

Persoalan terbesar dalam pengumuman ini ialah siapa yang akan mengambil alih DNB dengan menanggung hutang sebanyak RM12.5 bilion?

Adalah mustahil untuk mana-mana MNO atau pihak ketiga untuk mengambil alih DNB dengan hutang sebesar itu; setelah lebih 70 peratus pengguna akan pergi kepada entiti B.

Untuk rekod sejak pengumuman Fahmi, Celcom, Digi, Maxis dan Umobile telah memberi isyarat ke arah entiti kedua.

Selepas CelcomDigi mengumumkan penarikan daripada perjanjian perkongsian langganan (SSA) dengan DNB, Telekom Malaysia Bhd pula mengumumkan keputusan sama.

“TM dengan ini mengumumkan kesemua CPs (syarat-syarat pendahulu) di bawah SSA sudah terbatal. Kesan daripada itu, selaras dengan terma di dalam SSA, TM pada 10 Mei 2023 mengeluarkan notis pembatalan kepada DNB berkuatkuasa serta merta,” kata kumpulan itu dalam notis dihantar ke Bursa Malaysia pada 10 Mei lepas.

Untuk rekod, pada Oktober tahun lepas, TM bersama-sama CelcomDigi dan YTL Communications Sdn Bhd mengumumkan akan secara kolektif memegang 65% kepentingan dalam DNB. Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd memilih untuk tidak terlibat dalam proses memegang kepentingan itu.

Dengan penarikan diri TM dan CelcomDigi, hanya YTL yang masih menghormati komitmen pemilikan dalam DNB dengan 25%, mewujudkan ketidakseimbangan kerjasama kerajaan dan pihak swasta dalam DNB yang kini giat melaksanakan rangkaian 5G di Malaysia.

Bagaimanapun, TM memberi jaminan yang penggunannya akan terus menikmati perkhidmatan dan produk 5G kerana perjanjian akses borong 5G bersama DNB masih berkuatkuasa.

Walaupun Fahmi memberi jaminan entiti B perlu menyamai kawasan liputan entiti A,  Namun sudah tentu entiti B akan mengambil masa yang panjang untuk memenuhinya. Mereka akan melakukan seperti mana model perniagaan 3G dan 4G yang mengurangkan kos dengan menumpukan kepada kawasan berpenduduk padat terlebih dahulu.

Keadaan ini menyebabkan pengguna di luar bandar akan ketinggalan dan berhadapan kesukaran akses seperti mana berlaku kepada model 3G dan 4G.

Bagi DNB sendiri mereka akan berhadapan dengan banyak masalah memenuhi kehendak kerajaan memberi liputan 5G di seluruh negara.

Kebanyakan bank dan penerbit bon sudah mengambil langkah berhati-hati kerana dengan model sekarang adalah sukar untuk DNB membayar hutang atau bon seperti mana dalam model asal.

Pengumuman kerajaan ini sebenarnya bukanlah usaha menjayakan agenda negara telah lebih kepada tunduk kepada pelobi dari pihak korporat.

Kerajaan juga perlu menjawab siapakah yang akan menanggung beban hutang DNB sekiranya ia gagal dijual.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat