Kalimah Allah: Mantan Mufti Wilayah tuntut jawapan Menteri Dalam Negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memberi penjelasan kepada umum mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menarik balik rayuan mengenai penggunaan Kalimah Allah dalam kitab agama selain Islam.

Pagi tadi, Presiden Badan Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mendedahkan bahawa kemneterian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan mereka terhadapa keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland binti Lawrence Bill menggunakan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain bagi penggunaan orang bukan Islam dalam agama mereka.

Menurut Zainul Rijal KDN telah menarik secara senyap-senyap rayuan tersebut pada 8 April 2023 yang lalu. Perkara ini disahkan oleh Menteri Dalam Negeri sebentar tadi.

Menulis dalam catatan Facebooknya Dr Zulkifli mengingatkan Saifuddin bahawa bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain harus dipertahankan oleh kerajaan.

“Paling utama, keputusan untuk rayuan semula kes pada tahun 2021 adalah bagi menjunjung titah KDYMM Sultan Johor dan KDYMM Sultan Selangor, yang menitahkan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.”

Menurut Dr Zulkifli lagi rayuan tersebut dibuat atas dasar kesedaran akan keperluan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah, dan Solat kekal menjadi milik umat Islam di Malaysia.

“Setelah segalanya lengkap, saya bentangkannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan proses rayuan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu melalui Kementerian Dalam Negeri dimulakan.”

“Saya amat berharap Kerajaan Madani melalui Kementerian Dalam Negeri ada jawapannya. Ini kerana YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail selaku Menteri Dalam Negeri memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu kepentingan umat Islam ini.”

Dr Zulkifli turut berdoa mengharapkan pertolongan Allah

إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Maksudnya: “Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.”

(Surah Hud: 88)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat