Pemimpin Cawangan UMNO Putrajaya Mohon Maaf Kepada Tun Faisal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal bersyukur kerana ada beberapa pemimpin UMNO peringkat cawangan di Putrajaya menyedari sudah sedar dan menyedari atas kesilapan mereka dengan menandatangani akuan bersumpah supaya Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap dirinya beberapa bulan lepas.

Kata Tun Faisal, dengan pengakuan tersebut, terbukti apa yang beliau lakukan dan utarakan sebelum ini mengenai sokongan Kepada Anwar Ibrahim dan Politik Jajaran Baharu oleh pemimpin tertinggi UMNO adalah benar.

“Alhamdulillah, ada yang dah sedar atas kesilapan mereka dan minta maaf. Sekarang terbukti apa yang saya cakap mengenai sokongan terhadap Anwar dan Jajaran Politik Baru adalah benar.

“Sebab itu, jangan lah kita bersubahat atas perkara2 yang batil, khianat terhadap perjuangan dan kezaliman…” ujar Tun Faisal melalui catatan Facebooknya.

Beliau berharap dengan pengakuan tersebut, semua yang terlibat dan bersubahat dalam hal ini menyedari dosa dan kesilapan mereka yang mereka lakukan sebelum ini. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat