Hishammuddin Gesa OIC Bertindak Lebih Tegas Terhadap Kekejaman Israel

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) bertindak lebih tegas dan adil bagi melindungi Palestin dari keganasan dan kekejaman Israel.

Tegasnya, Kekejaman dan kezaliman tentera penjajah Israel terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan serta merta tanpa sebarang kompromi!.

Disamping itu, Hishammuddin memaklumkan beliau akan mewakili negara dan Kerajaan ke Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat Menteri-Menteri Luar yang dijadualkan pada esok hari.

“InsyaAllah, esok saya akan mewakili negara dan Kerajaan ke Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (Organisation of Islamic Cooperation (OIC)) Peringkat Menteri-Menteri Luar bagi membincangkan mengenai tindakan keganasan Israel, pencerobohan dan pendudukan kuasa oleh Israel di Wilayah Palestin terutamanya di Al-Quds Al-Shareef.

“Saya akan sampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC. Saya juga akan menyuarakan gesaan ramai rakyat Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel.” katanya. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat