Najib Yakin Dengan Kepimpinan Wan Rosdy Sebagai MB Pahang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yakin dengan kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail sepanjang tiga (3) tahun mentadbir negeri Pahang.

Kata Najib, beliau yakin Pahang akan terus diperkukuhkan di bawah pentadbiran Wan Rosdy.

“Genap 3 tahun Wan Rosdy bin Wan Ismail diamanahkan sebagai MB Pahang.

“Kita pernah sepasukan ke medan ‘perang’ beberapa kali juga dua tiga tahun ini dalam PRK-PRK,” ujarnya melalui catatan Facebook beliau.

Mengimbau kenangan bersama Menteri Besar Pahang itu,  beliau (Najib) menceritakan pengalaman berdepan dengan jentera-jentera dan aset-aset Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

” Dahsyat.

“Tetapi Alhamdulillah, ahli dan penyokong setia BN turun bantu dengan kepimpinan Pahang.

” BN tetap diberikan kepercayaan dan amanah oleh rakyat,” kata Najib. -SuaraTV

Gambar: Facebook Najib Razak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,540FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat