PAS istiqamah “jual diri” kemaruk kuasa, dakwa Amanah Terengganu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amanah Terengganu mendakwa PAS konsisten “menjual dirinya” demi kuasa semata-mata tanpa memikirkan prinsip perjuangan.

Kenyataan pedas Amanah ini terbit selepas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah melabel parti itu sebagai “pelacur”.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, beliau turut mempersoalkan di manakah konsep negara Melayu-Islam dijanjikan PAS apabila pusat judi, kasino dan kilang arak dibuka oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa kuasa darurat masih berkuatkuasa.

“Mana perginya Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) yang dicanang di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Kuasa sudah diperoleh tetapi undang-undang serta nilai Islam diabaikan demi kuasa di peringkat pusat.

“Bukan sahaja konsep kerajaan Melayu Islam digadai tetapi menjual “harga diri” PAS dengan murah sebagai sebuah parti Islam amat mendukacitakan dan memalukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Tengku Razaleigh atau Ku Li dilaporkan berkata, PAS seperti “pelacur” susulan tindakan parti itu yang menurutnya “sekejap DAP, sekejap Semangat 46”.

Ku Li berkata, Umno perlu menentang PAS dalam pilihan raya umum ke-15 akan datang dan baginya, PAS tidak boleh lagi dipercayai.

Malah, turut memberitahu sejak awal penubuhan parti Islam itu, PAS tidak pernah berhenti menjadi pengacau kepada UMNO.

Ahli Parlimen Gua Musang itu turut mendakwa, PAS tidak ikhlas apabila bekerjasama dengan Umno, walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menubuhkan Muafakat Nasional (MN) sejak dua tahun lalu.

Raja Kamarul berkata, sikap PAS turut dapat dilihat apabila parti itu berkomplot dengan Umno, PPBM serta pengkhianat dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkan gabungan berkenaan, bagi menubuhkan sebuah kerajaan baharu di mana PAS turut bermain “dua kolam” dengan PN dan MN.

“Apabila timbul masalah antara Umno dan PPBM pula, PAS sekali lagi memilih untuk bersama yang berkuasa iaitu parti perdana menteri, Bersatu.

“Jadi, kenyataan Tengku Razaleigh menggunakan istilah “pelacur politik” yang bermaksud menjual diri dengan harga murah tanpa prinsip perjuangan adalah tepat dan konsisten dengan perbuatan PAS selepas pemergian bekas mursyidul am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat