UMNO bertuah, pembangkang akan kalah teruk lagi – A. Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kalau jalan cerita pilihan raya negeri (PRN) Melaka 20 November lalu boleh digunakan ke atas PRN Johor 12 Mac ini, UMNO akan menang besar,” kata Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin.

Menurutnya, bukan kerana UMNO kuat tetapi kerana parti-parti lawan sudah hilang arah tujuan.

Malah kata A. Kadir, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan PKR mungkin mengulangi kekalahan teruk di Melaka.

“PH-PKR juga kalah teruk dalam PRN Sarawak 18 Disember lalu.

“Parti-parti yang menentang UMNO banyak dan rakyat jelata yang mahukan perubahan pun ramai tetapi mereka lebih berpecah belah sekarang daripada ketika PRN Melaka.

“PH terbahagi dua kerana PKR hendak guna lambang sendiri. Tinggallah DAP dan Amanah memakai lambang PH. Pengundi akan keliru dan kurang yakin dengan sikap mementingkan diri ini. Maka atas sebab-sebab inilah, UMNO nampak mempunyai kelebihan,” katanya di Facebook pada Selasa.

A.Kadir juga mengulas Muda akan membuat kemunculan sulung sejak didaftarkan 23 Disember lalu melalui kerjasama dengan PH-PKR.

“Muda boleh membantu menarik undi pemilih muda kepada khemah pembangkang. Pejuang juga dilaporkan akan mengadu nasib buat kali pertama secara bersendirian.

“Yang umpama rumput di tengah jalan – sini tidak di sana pun tidak – adalah Perikatan Nasional (PN).

“Bersatu tidak kuat dan PAS lemah. Bersatu menang kerusi di Johor dalam pilihan raya umum lalu atas kekuatan bersama PH. Nampak-nampaknya, Bersatu bolehlah bersiap sedia untuk menendang dirinya sendiri kerana telah ditipu bulat-bulat oleh UMNO dan fiksyen (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali untuk melakukan tindakan politik paling bodoh dengan menjadi alat “Sheraton Move” dua tahun lalu.

“Presidennya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah memberi isyarat “surrender” apabila pada 25 Januari lalu dia berkata tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir,” ujar beliau.

A. Kadir memberitahu UMNO tentulah mengharapkan “advantage” daripada pertandingan tiga penjuru di mana PN dan PH-PKR bertembung.

“Ia akan menang jika undi tradisionalnya kekal manakala undi pembangkang pecah. Di Melaka BN hanya mendapat 38.4 peratus undi untuk menang kerana pecah undi ini.

“Secara umum, UMNO Johor tidaklah kuat atau berjaya seperti diuar-uarkan. Boleh jadi bilangan ahli dan penyokong ramai tetapi kualiti kepemimpinan tidak menyerlah sehingga gagal mengemukakan calon Perdana Menteri sejak persaraan Almarhum Hussein Onn pada tahun 1981. Muhyiddin tidak boleh diambil kira sebab dia mendapat jawatan itu melalui rampasan kuasa.

“Atas alasan itu, rasanya tidak ramai orang percaya kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin apabila dia berkata, seluruh negara telah meninggalkan kluster mahkamah jauh di belakang dan bergerak jauh ke hadapan mencari kestabilan, memulihkan ekonomi dan mencipta masa depan.

“Susah hendak percaya kepada orang yang kerusi Parlimen dan negeri dia sendiri pun tak berjaya pertahan dalam PRU lalu,” katanya.

A. Kadir juga berkata, kluster mahkamah dan konco-konco mereka akan menggunakan PRN Johor dan apa juga peluang untuk kekal berguna sehinggalah rayuan terakhir mereka kepada Mahkamah Persekutuan selesai.

“Dengan wabak Covid-19 yang meningkat semula dan rakyat jelata jemu dengan politik “syiok sendiri” maka adalah tidak mustahil jika PRN Johor ini juga mencatatkan kadar keluar mengundi yang rendah.

“Dalam PRN Melaka hanya 65.9 peratus keluar mengundi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat