Qabin: Muka Baru Dan Berpengalaman, Tanda BN Mampu Raih Sokongan Rakyat Johor

- Advertisement -

CYBERJAYA – EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yakin BN mampu meraih kemenangan besar semasa Pilihanraya Negeri Johor nanti berdasarkan kenyataaan Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden, Dato’ Seri Utama Mohd Haji Hasan yang berjanji akan meletakkan lebih ramai calon baru dan berpengalaman serta anak muda yang berpotensi membawa kestabilan politik di negeri Johor.

“Dengan poster calon Menteri Besar Johor YAB Dato’ Seri Hasni Mohammad yang tenang, berkebolehan, berani membuat keputusan, ini juga antara faktor kepada kemenangan BN di negeri Johor nanti, in shaa Allah”, kata Qabin.

Jelasnya lagi, “Antara faktor lain yang boleh menjadikan kemenangan besar buat BN Johor adalah kekurangan calon-calon PH yang berkaliber dan pergolakan perebutan kuasa di dalam PH dan juga PN. Ditambah pula dengan sikap Parti Muda yang hipokrit dan masih tidak matang dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan semasa serta janji-janji manifesto yang membuatkan rakyat Johor menyampah dan tidak lagi akan termakan dengan janji-janji manis PH dan PN”.

“Saya harapkan agar rakyat negeri Johor dapat bijak memilih dan mengundi demi sebuah kemakmuran bangsa, kestabilan ekonomi negeri, dan membantu BN memenangi PRN Johor nanti”.

Beliau menambah, “Saya percaya, UMNO dan BN telah banyak berubah dan belajar daripada kelemahan dan kekalahan PRU 14 yang lalu”.

Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai itu turut berdoa dan memohon agar kepimpinan atasan, dapat meletakkan calon-calon muda yang berwibawa terutamanya 26 sahabat-sahabat Ketua Pemuda Bahagian di Johor bersama gandingan muka-muka lama yang berpengalaman dalam menarik sokongan rakyat Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat