AKPS rampas barangan runcit bernilai RM 51,926 di Kompleks ICQS Rantau Panjang

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

RANTAU PANJANG – Pihak berkuasa sempadan mematahkan cubaan menyeludup barangan runcit dianggarkan bernilai RM 51,926 di Laluan Pemeriksaan Penumpang di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dekat sini, pada Isnin.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu berkata, ketika pemeriksaan rutin dijalankan pada jam 12 tengah hari, telah menjumpai tiga kotak bawang jeruk, dua kotak satay ikan, empat kotak teh hijau, satu kotak tomyam pes dan enam pek beras seberat 24 kilogram (kg) setiap satu.

Menurutnya, jumlah barangan rampasan itu tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Makanan 1983.

“Hasil pemeriksaan lanjut, mendapati seorang wanita warganegara Thailand dan kenderaan jenis pacuan empat roda berwarna hitam bernombor pendaftaran Thailand.

“Barangan rampasan telah diserahkan kepada KKM untuk pelupusan manakala rampasan beras diserahkan kepada pihak Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk tindakan lanjut, ”katanya.

“Pasukan AKPS sentiasa komited melaksanakan pemeriksaan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi memastikan pintu masuk negara terjaga,” tegasnya. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat