Shafie mungkir janji, urus Covid dengan baik masa PRN kata Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Afdal berhubung kesukatan rakyat Sabah ekoran penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

Menurut Najib, belas ketua menteri itu seharusnya mengutamakan rakyat berbanding mempromosikan diri melalui pembikinan video cangih dan mahal.

“Sebab apa nak rakam dan edit video canggih-canggih kos mahal untuk promosikan diri pada masa PKP ini?

“Lebih baik ko salurkan untuk bantuan Covid dan lebih mengambil berat kesukaran warga Sabah yang tengah susah akibat Covid,” katanya melalui satu muatnaik di laman Facebook sebentar tadi.

Menurut Najib sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN Sabah) yang berlangsung sebelum ini, Shafie langsung tidak menyentuh mengenai penularan wabak Covid yang sedang melanda ketika itu.

“Kan kamu yang mungkir jaminan kamu pada warga Sabah bahawa Covid akan diurus baik semasa PRN?

“Sejak PRN, nama “Covid” pun dia tak pernah sebut,” bidasnya lagi.

Untuk rekod, PRN Sabah diadakan apabila Shafie mencadangkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Keputusan itu dibuat ekoran kehilangan majoriti mudah untuk mempertahankan kerajaan negeri yang diterajui Warisan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat