Econsave nafi pesakit COVID-19 hadir ke premis Taman Scientex

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) hari ini menafikan bahawa ada pesakit positif COVID-19 datang ke cawangannya di Econsave Taman Scientex seperti yang tular dalam media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas.

Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam berkata sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak mudah mempercayai dengan mesej palsu itu yang telah menyebabkan kekecohan dan meresahkan penduduk setempat.

Katanya, pihak pengurusan Econsave Taman Scientex juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis itu yang dibuat di Balai Polis Scientex 4.10 petang semalam.

Beliau berkata orang ramai yang masih sangsi dengan perkara itu boleh menghubungi pejabat pengurusan Econsave Taman Scientex di talian 07-2891562.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat