Bank Dunia Iktiraf Bandar Dan Pelabuhan Kuantan – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berbangga dengan pencapaian cemerlang Bandar Kuantan dan Pelabuhan Kuantan kerana telah menduduki tangga kedua berbanding lima (5) bandaraya dan tiga (3) pelabuhan lain berkaitan “peraturan-peraturan perniagaan yang ditetapkan”.

Pencapaian cemerlang itu terkandung dalam laporan Bank Dunia mengenai “Doing Business in Malaysia 2020” yang telah dibentangkan pada mesyuarat persidangan video melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak dengan wakil-wakil Bank Dunia dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang berlangsung semalam.

“Bandar Kuantan telah menduduki tangga kedua denga skor 73 peratus di belakang Bandaraya Kuala Lumpur (skor, 89 peratus) dalam aspek memudah-carakan urusan pengeluaran permit pembinaan,”

“Manakala Pelabuhan Kuantan menduduki tangga kedua dengan skor 78.5 peratus di belakang Pelabuhan Klang (skor, 88.5 peratus) dalam aspek memudah-cara urus niaga (trading) merentasi sempadan,” jelas MB Pahang didalam kenyataan facebooknya sebentar tadi

Menurut Wan Rosdy lagi, faktor kejayaan Bandar Kuantan ialah ia mengambil masa 45 hari untuk pihak pemaju memperolehi permit bangunan berbanding Kuala Lumpur 30 hari, George Town 50 Hari, Johor Bharu 60 hari, Kota Kinabalu 67 hari, dan Kuching 90 hari.

Manakala faktor kejayaan Pelabuhan Kuantan adalah disebabkan Pelabuhan Kuantan mengambil masa 74 jam untuk menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan barangan import, dimana Pelabuhan Klang hanya tujuh (7) jam, Pelabuhan Pulau Pinang 98 jam, dan Pelabuhan Johor 120 jam.

“Dengan kedudukan tersebut, Pelabuhan Kuantan telah mengatasi dua (2) Pelabuhan lain iaitu Pelabuhan Johor (skor, 76.5%) dan Pelabuhan Pulau Pinang (skor, 75.2%),” katanya. -SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat