“Letak syarat PM dari UMNO, TPM Bersatu, kalau tak setuju keluar PN” – Lokman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berharap UMNO mengenakan syarat baharu kepada Perikatan Nasional (PN) supaya melantik Perdana Menteri daripada parti itu bersandarkan majoriti.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri pula sepatutnya daripada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bukan sebaliknya seperti yang wujud hari ini.

“Ini baru betul, yang majoriti tentukan hala tuju pemerintahan, bukan parti minoriti buli majoriti.

“Tahniah UMNO, harap antara syarat yang diletakkan ialah UMNO, Perdana Menteri manakala Bersatu, Timbalan Perdana Menteri,” catatnya di Facebook.

Selain itu, beliau menyatakan sangat bersetuju dengan pendirian terbaharu UMNO untuk mempertimbangkan keluar gabungan PN dan akan menetapkan syarat baharu sekiranya ingin meneruskan kerjasama.

Lokman menambah, sekiranya PN menolak syor baharu yang dicadangkan, UMNO tidak ada masalah untuk keluar daripada gabungan kerjasama itu dan menjadi pembangkang hingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau tak setuju keluar saja dari PN. Tak ada masalah kita jadi pembangkang hingga PRU15.

“Jika UMNO keluar dari PN dan tidak menyokong (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Tan Sri) Muhiyiddin Yassin tumbang, Anwar tak jadi Perdana Menteri dan PRU dapat diadakan sebaik Covid-19 reda. Tak lama mana pun,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat