Ahli Parlimen Wajib Jalani Ujian Saringan Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen perlu menjalani pemeriksaan ujian saringan kesihatan Covid-19 sebelum Dewan Rakyat berlangsung pada 2 November hingga 15 Disember 2020 depan.

Menurut Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha, kesemua 222 Ahli Parlimen disediakan kemudahan bagi menjalani ujian Covid-19 itu pada 30 Oktober ini di Parlimen.

“Ianya sebagai langkah pencegahan dalam memastikan persidangan Dewan Rakyat berlangsung dalam keadaan selamat.”

“Ujian Covid-19 itu akan diadakan secara pandu lalu di laluan letak kereta blok utama Parlimen dari jam 9 pagi hingga 5 petang,” menurut kenyataan surat yang dikeluarkan oleh Dewan Rakyat.

Menurut kenyataan itu lagi, kegagalan melakukan ujian Covid-19 atau didapati positif, mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat itu kelak.

“Bagi Yang Berhormat (Ahli Parlimen) dari Sabah, Ujian Covid-19 dan kuarantin perlu dibuat berdasarkan surat daripada Setiusaha Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu.”

“Bagi Yang Berhormat dari negeri lain dan Yang Berhormat dari Sabah yang sudah berada di luar negeri itu sebelum arahan sekatan rentas negeri dikuatkuasakan, mereka hanya perlu menjalani ujian Covid-19 dan tidak perlu dikuarantin,” katanya.

Ahli Parlimen digalakkan menjalani ujian di Parlimen tetapi mereka juga boleh melakukannya dimana-mana pusat kesihatan kerajaan ataupun swasta. Jika mereka memilih untuk melakukannya di pusat kesihatan atau hospital kerajaan, mereka perlu menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk mendapatkan temujanji dan perlu mendapatkan keputusan ujian daripada doktor.

“Parlimen tidak akan menanggung kos pembiayaan jika Ahli Parlimen melakukannya di hospital atau pusat perubatan swasta,”

“Ujian saringan ini akan menggunakan kaedah Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga (3) hari sebelum bermulanya persidangan Dewan Rakyat atau tiga hari hari sebelum Yang Berhormat hadir di Dewan Rakyat.”

Ahli Parlimen digalakkan kekal berada di Kuala Lumpur sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung bagi mengurangkan penularan Covid-19.

“Keputusan hasil ujian dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat melalui e-mel [email protected],” jelas surat itu lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat