‘Tak nak kerja dengan kru, pelakon tak vaksin’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Beto Kusyairy, 41, memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan produksi yang didapati ada bekerjasama dengan kru atau pelakon tidak mengambil vaksin Covid-19.

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman berkata keputusan itu dibuat kerana dia perlu memikirkan keselamatan kesihatan keluarganya yang harus dijaga dan diutamakan.

“Untuk saya, secara peribadi saya tidak akan terbabit dengan produksi yang ada kru-kru atau pelakon-pelakon dia taknak ambil vaksin. Sebab saya fikir keluarga saya juga ada orang tua di rumah dan anak kecil.

“Jadi, mencegah lebih baik dari mengubati. Itu yang saya cubalah, selagi mampu buat begitu. Tapi, kalau dah terpaksa dan terdesak sangat sebab kita pun kena letak nasi atas meja, fikir keluarga tak tahulah juga nanti,” katanya.

Terdahulu, Beto hadir pada sidang media virtual untuk drama Penghulu Interim lakonannya bersama pelakon Nadiya Nissa dan Issey Fazlisham, baru-baru ini.

Menurut Beto lagi, secara peribadi dia juga faham orang-orang taknak ambil vaksin itu semestinya mempunyai pendirian masing-masing dan kita tak boleh paksa tentang apa yang mereka percayakan.

“Saya faham kita semua ada pendirian masing-masing dan hak untuk nak ambil vaksin atau tidak. Tapi, bekerja dalam industri seni lakon ini sudah pasti ia membabitkan kita berurusan bersama-sama orang lain juga.

“Jadi, saya rasa tak sepatutnya bersikap selfish (penting diri). Maksudnya, mementingkan diri sendiri sebab situasi yang menghimpit hingga memaksa bekerja walaupun individu berkenaan belum vaksin lagi.

“Oleh itu, mereka yang tak vaksin ini harus sedar kerana kalian bekerja dalam kelompok yang ramai dan membabitkan orang lain. Bila kita tak percaya dengan sesuatu, kita jangan sampai menyusahkan orang lain juga,” katanya.

Beto berkata, bayangkan bila kita jadi pembawa dan kita babitkan pula orang lain. Jelasnya lagi, walaupun orang itu mungkin sudah cukup dua dos vaksin lengkap tapi masih boleh jadi pembawa dan seterusnya balik ke rumah yang ada anak-anak belum vaksin, dah kena jangkit.

“Puncanya daripada seorang yang selfish (pentingkan diri) saja, tak vaksin. Jadi, bagi saya benda sebegini tidak adil jika berlaku. Memang kita cakap sekarang ini mengikut pandangan dari pelbagai sudut untuk seserang itu.

“Kenapa dia tak ambil vaksin dan pada masa sama sebab apa dia kena kerja, kerana ada keluarga nak disara. Justeru, yang tak ambil vaksin fikir-fikirkanlah bahawa benda ini bukan babit engkau seorang tapi sebenarnya semua di sekeliling,” katanya.

Menurut Beto, dalam situasi pandemik Covid-19 yang masih menular dalam negara ini, inisitif paling sesuai diberi perhatian oleh semua orang ialah mencegah lebih baik dari mengubati. Maka, buatlah keputusan bijak.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat