Nissan Secara Rasmi Lancar GT-R 2022, Hadir Dengan Dua Model Edisi Khas

- Advertisement -

Setelah pelbagai desas-desus menjadi perbualan peminat ‘supercar-killer’ dari Jepun, akhirnya Nissan mengumumkan pelancaran model baharu GT-R 2022 dengan dua varian baharu ‘T-Spec’ khas untuk pasaran Jepun.

Tidak banyak perbezaan berbanding model GT-R R35 terdahulu, kedua-dua model tersebut menggunakan brek carbon ceramicspoiler carbon fibre, penutup enjin khas dan lencana eksklusif pada bahagian hadapan serta belakang kereta.

 

 

Nissan GT-R Premium Edition T-spec hadir dengan reka bentuk dalaman yang eksklusif, roda aloi ‘Rays’ berwarna gangsa dan sistem suspensi yang membantu penurunan berat badan kereta. Manakala lebar keempat-empat roda telah diperluas bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan sensitif.

Manakala model GT-R Track Edition Engineered by NISMO T-spec pula memfokuskan pada peningkatan prestasi pemanduan dengan menggunakan bumbung dan penutup bonet belakang diperbuat dengan carbon fibre. Prestasi model ini telah tambah baik dengan teknologi NISMO.

SUMBER GAMBAR: NISSAN

Menurut kenyataan rasmi Nissan, hanya sebanyak 100 unit model edisi khas dirancang untuk dijual kepada pelanggan yang berjaya terpilih secara undian.

Model Premium Edition T-spec dijual pada harga ¥15,904,900 Yen (RM599,716) dan Track Edition Engineered by NISMO T-spec berharga ¥17,881,600 (RM674,250) sahaja.

Tidak dilupakan juga, kedua-dua model GT-R 2022 ‘T-Spec’ hadir dengan dua pilihan warna ikonik Nissan iaitu ‘Midnight Purple’ dan ‘Millennium Jade’.

WARNA MIDNIGHT PURPLE | SUMBER GAMBAR: NISSAN

WARNA MILLENNIUM JADE | SUMBER GAMBAR: NISSAN

 

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat