Tiga Lagi Penguatkuasa MBSA Ditahan SPRM

Mahathir sengaja komen kontroversi untuk tarik perhatian masyarakat Malaysia

Kuala Lumpur - Kenyataan kontroversi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konflik keagamaan di Perancis disifatkan sebagai sengaja untuk menarik perhatian masyarakat...

Rais Yatim Perlu Hormati Keputusan Yang Di Pertuan Agong – Ahli MT UMNO

CYBERJAYA - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Raffi meminta Speaker Dewan Negara, Rais Yatim menghormati keputusan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda...

Pendaftaraan Pejuang lewat kerana dokumen tidak lengkap kata ROS

Kuala Lumpur - Permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan permohonan pendaftaran dalam sistem eROSES sehingga semalam. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...

GSC dan TGV tutup sementara panggung wayang diseluruh negara

CYBERJAYA: Kesemua panggung wayang GSC dan TGV di seluruh negara akan menghentikan operasi sementara bermula esok bagi melindungi perniagaan mereka bagi tempoh jangka panjang,...

‘Saya faham apa yang dihadapi rakyat’ – PM

MUAR: Kerajaan memahami perit jerih dihadapi rakyat yang berhadapan impak ekonomi akibat wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap dan...

PUTRAJAYA: Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman untuk membantu siasatan kes menerima dan mengutip rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.

Perintah reman selama enam hari terhadap tiga lelaki berumur antara 40 dan 43 tahun yang bermula hari ini sehingga Rabu depan (19 Ogos) itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Mereka yang ditahan di ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas hadir memberi keterangan, dibawa ke mahkamah kira-kira 8.30 pagi dengan bergari dan berbaju lokap SPRM berwarna jingga.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ini menjadikan jumlah lapan pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga yang direman bagi membantu siasatan kes yang sama.

Isu tersebut menjadi hangat apabila baru-baru ini tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan tersebut.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan