Anwar nasihat DAP kekal dalam Kerajaan Melaka sehingga PRN

KUALA LUMPUR– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan DAP Melaka untuk menangguhkan dulu hasrat keluar daripada kerajaan negeri, sebaliknya terus fokus kepada kerja di negeri berkenaan.

Anwar berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Itu tadi saya bincang dengan Anthony Loke dan Ketua Menteri (Ab Rauf)… kalau boleh runding dulu supaya tangguh sekejap, supaya kita boleh buat kerja dengan soal (berkaitan) negeri sehingga pilihan raya.

“Kalau sebaiknya lah, walaupun ada dua, tiga perkara kita tak setuju, tak apa, sekarang ni kita banyak benda kita tak setuju sama-sama…takpa tapi dari segi dasar untuk petumbuhan ekonomi dan rakyat kita teruskan…jadi saya harap dia pertimbangkan,” katanya menurut Kosmo! di Port Dickson pada Selasa.

Pengerusi PH itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Midport, Pelabuhan Kontena Pintar Berkuasa AI Pertama Malaysia di Pasir Panjang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat