Dewan Rakyat: Belum Masa Gubal Undang-Undang Lompat Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parlimen hari ini diberitahu Perikatan Nasional (PN) tidak bercadang untuk mengubal undang-undang lompat parti bagi mengelakkan ketidaktentuan politik negara, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang/Parlimen) YB Datuk Takiyuddin Hassan.

YB Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor) meminta YB Takiyuddin (Kota Bharu) dalam soalannya meminta penjelasan sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengharamkan kegiatan lompat parti yang boleh menyebabkan ketidakstabilan politik.

“Sekiranya tidak, nyatakan sebab-sebabnya,” kata Ramkarpal.

“Namun, sekiranya kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk menggubal undang-undang lompat parti ini pada masa akan datang, sudah pasti kajian terperinci akan dilakukan termasuklah dengan mengadakan perbandingan best practices (amalan terbaik) dengan negara-negara lain,” kata Takiyuddin.

“Kajian terperinci perlu dilakukan kerana kerajaan berpendapat ia bercanggah dengan Perkara 10(1)(C) Perlembangaan Persekutuan hak membentuk persatuan dengan syarat tidak membabit soal keselamatan, ketenteraman awam dan prinsip moral”.

Menurut Takiyuddin lagi, kerajaan kena mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan dan parti politik jika ianya hendak digubal nanti.

Foto: FB Rasmi Takiyuddin Hj Hassan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat