Mayat Pelakon “Glee”, Naya Rivera ditemui

- Advertisement -

MAYAT pelakon siri “Glee”, Naya Rivera ditemui di tasik California, lokasi di mana aktres itu lemas minggu lalu ketika menaiki bot bersama anak lelakinya berusia empat tahun, lapor AFP.

Pemeriksaan awal pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendapati tiada unsur jenayah atau bunuh diri, kata Sherif Ventura Bill Ayub pada sidang media.

“Kami yakin mayat ditemui ialah Naya Rivera,” katanya.

Menurut beliau, mayatnya dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan identitinya dikenal pasti menerusi rekod pergigian, walaupun tiada laporan orang hilang dibuat di Tasik Piru.

Rivera, 33, dipercayai terjatuh ketika menaiki bot sewa bersama anaknya yang masih kecil di kawasan perkhemahan dan rekreasi itu, kira-kira sejam perjalanan dari Los Angeles.

Kehilangannya pada petang Rabu itu membawa kepada pencarian besar-besaran membabitkan penyelam, bot peronda dan helikopter, selepas anaknya ditemui sedang tidur sendirian di dalam bot di tasik berkenaan.

Ayub memberitahu, kanak-kanak itu memberitahu penyiasat Rivera memasukkannya ke dalam bot sebelum dia melihat ke belakang dan nampak ibunya hilang di bawah air.

Katanya arus deras di tasik itu mungkin punca kemalangan maut itu.

Rivera dikenali menerusi watak gadis pasukan sorak sekolah menengah, Santana Lopez dalam “Glee”. Beliau beraksi untuk enam musim siri muzikal yang popular itu hingga ia berakhir pada 2015.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat