Tiba masanya akta pendanaan politik diwujudkan tangani rasuah – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketiadaan undang-undang khusus yang mengawal pendanaan politik boleh mewujudkan jurang ketara yang meningkatkan risiko rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata sudah tiba masanya, undang-undang pendanaan politik yang kukuh dan berkesan dibangunkan di negara ini bagi menangani isu itu.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengehadkan perbelanjaan kempen dan menghendaki pelaporan perbelanjaan pilihan raya, hanya terpakai kepada calon dan bukannya kepada parti politik.

“Parti politik juga tidak diwajibkan mendedahkan sumber pendanaan mereka,” katanya ketika ucapan perasmian Politic Financing International Conference 2025, lapor BH pada Selasa.

Azalina berkata, sesebuah parti politik memerlukan dana besar untuk kos operasi dan aktiviti yang dijalankan pihaknya.

“Sebagai seorang ahli politik, saya mengakui bahawa politik memerlukan kos yang tinggi. Parti politik perlu menggerakkan sumber yang besar untuk menjalankan kempen pilihan raya, operasi pejabat, menjalankan penyelidikan, menganjurkan acara dan mendidik masyarakat.

“Untuk memenuhi peranan mereka sebagai watak utama dalam politik yang kompetitif, parti perlu memikirkan cara dengan teliti bagi mengumpulkan dan menguruskan dana secara berkesan serta berintegriti,” katanya.

Beliau berkata, parti politik lazimnya membiayai operasi mereka melalui yuran keahlian, sumbangan individu dan korporat, pemilikan aset serta perniagaan.

“Bagaimanapun, saluran pembiayaan berkenaan berpotensi membuka ruang dan meningkatkan risiko amalan rasuah.

“Sesetengah pihak mungkin mengambil kesempatan atas keperluan pembiayaan untuk mendapatkan pengaruh yang tidak wajar dengan mengharapkan habuan atau layanan istimewa sebagai balasan sokongan mereka,” katanya.

Justeru katanya, persidangan itu penting kerana ia menawarkan platform bernilai untuk dialog bersama pakar antarabangsa, pembuat dasar, pengawal selia dan parti politik.

“Saya berharap pertukaran idea ini bukan sahaja membimbing perangkaan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik tetapi juga mengekalkan momentum untuk reformasi.

“Perbincangan matang bersama pelbagai parti politik ini amat penting untuk memperkukuh demokrasi Malaysia dengan kemajuan yang didorong oleh permintaan masyarakat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat