Tiada campur tangan kes mahkamah, keputusan hakim bersandar keterangan – Ketua Hakim Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Institusi Kehakiman tidak pernah didekati mana-mana pihak tertentu untuk campur tangan dalam urusan institusi perundangan dan pengadilan,” tegas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Bahkan jelas beliau semua hakim membuat keputusan berdasarkan keterangan dan tidak boleh lari daripada prinsip teras tersebut.

Ujar Tengku Maimun lagi beliau percaya hakim-hakim lain tidak pernah didekati oleh mana-mana pihak tertentu dalam sebarang keputusan mahkamah.

“Memang kita ada dengar daripada televisyen bahawa bekas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah didekati. Tetapi tiada antara kita didekati.

“Saya sendiri boleh kata tidak didekati, begitu juga hakim lain. Jadi secara asasnya tiada, kerana hakim-hakim buat keputusan berdasarkan keterangan, kita tidak boleh lari daripada prinsip itu, ini terasnya.

“Tetapi tiada sesiapa menghubungi saya secara peribadi, begitu juga hakim-hakim lain untuk meminta pertolongan begitu, begini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman, di Putrajaya pada Jumaat.

Terdahulu, Presiden Majlis Peguam, AG Kalidas Krishnan dalam ucapan majlis itu menyentuh perutusan Muhyiddin tahun lalu bahawa beliau menerima rayuan pihak tertentu untuk campur tangan dalam urusan mahkamah.

Mengulas lanjut, Tengku Maimun berkata, berdasarkan ucapan tersebut, beliau memahami ada pihak lain yang menghubungi Muhyiddin, tetapi tidak menjelaskan badan kehakiman telah dihubungi.

“Tetapi sesiapa jika ada menghubungi, kita boleh kata tiada apa boleh dilakukan berhubung semua berlaku dalam mahkamah kerana semua bergantung kepada bukti dan keterangan,” katanya.

Terdahulu, Kalidas Krishnan menegaskan, pihaknya sentiasa mempertahan prinsip kebebasan dan integriti kehakiman.

Katanya, badan itu tidak boleh dibiarkan dicemari dan kepentingannya perlulah terlindung daripada campur tangan dalam demokrasi, tidak boleh dipertikaikan.

“Mengenai soal kebebasan badan kehakiman, satu kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri dalam ucapan di televisyen pada 4 Ogos 20211 bahawa telah menerima rayuan daripada individu untuk campur tangan dalam hal mahkamah.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap institusi kita untuk memastikan tiada siapa yang berada di atas undang-undang, tanpa mengira hubungan politik atau sosial mereka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat