Serius jadikan Malaysia sifar karbon, DBKL tempah 60 bas elektrik – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan komitmen kerajaan untuk jadikan Malaysia negara neutral karbon atau negara sifar pelepasan karbon (net zero carbon emissions) pada tahun 2050.

Susulan matlamat itu, beliau memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui bas percuma GoKL telah pun membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh yang akan diperoleh secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2023.

“Saya meletakkan matlamat besar untuk jadikan Malaysia mencapai status negara neutral karbon atau negara sifar pelepasan karbon (net zero carbon emissions) pada tahun 2050,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ismail Sabri memberitahu lagi, penggunaan bas elektrik penuh akan dimulakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan bandar-bandar besar dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar negara kita.

“Saya harap syarikat-syarikat lain di Kuala Lumpur seperti Prasarana juga menggunakan bas elektrik bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya hijau.

“Saya juga berharap penggunaan bas elektrik akan diperluaskan di bandaraya dan bandar-bandar besar lain di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat