Agenda Jahat Terhadap Azam Baki?

- Advertisement -

Serangan Terhadap Ketua Persuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memuncak sejak beberapa hari lalu menimbulkan kegusaran dan kebimbangan masyarakat mengenai kredebiliti dan integriti badan tersebut.
Menyertai Badan Pencegahan Rasuah Malaysia pada 1984, anak kelahiran Negeri Sembilan ini bermula sebagai sebagai Pegawai Penyiasat, Pegawai Perisikan, Pegawai Pendakwaan sebelum memengan beberapa jawatan penting dalam SPRM.

Beliau pernah menjadi Pengarah Bahagian Perisikan, Pengarah Bahagian Siasatan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) sebelum dilantik sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM.

Tidak ada Ketua Persuruhjaya SPRM yang tidak berhadapan kontroversi dan tohmahan. Menjatuhkan imej dan kredebiliti SPRM adalah jalan mudah kepada penjenayah korupsi melepaskan diri. Ini adalah jalan yang perlu dihadapi oleh Azam Baki.

Azam Baki bukan ‘darling’ kepada mana-mana orang politik. Apabila penyiasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhadapan krisis SPRM turut dillanda masalah. Tan Sri Abu Kassim meletak jawatan sebagai Ketua Persuruhjaya dan Datuk Shukri Abdull meletak jawatan sebagai Timbalan.

Nama Azam Baki antara yang disebut-sebut sebagai calon pengganti. Namun Tan Sri Dzulkifli bin Ahmad dari luar SPRM dibawa masuk dan Azam hanya dilantik sebagai Timbalan Ketua Persuruhjaya SPRM. Apabila Dzulkifli meletak jawatan pada 2018 berikutan perubahan politik negara, Azam Baki sekali lagi diketepikan.

Kerajaan Pakatan Harapan membawa masuk bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull sebagai Ketua Persuruhjaya yang baharu. Bagaimanapun Azam Baki terus diberi kepercayaan menjadi orang nombor dua.

Apabila Shukri meletak jawatan, Azam sekali lagi diketepikan dengan pelantikan aktivis politik PKR, Latheefa Koya, sebagai Ketua Persuruhjaya yang baharu. Azam Baki tetap kekal sebagai orang nombor dua.
Dengan kata lain, dalam kontroversi politik, dan pertukaran kerajaan, Azam Baki tetap pegawai kanan yang dipercayai boleh menguruskan SPRM.

Justeru agak sukar untuk kita memahami mengapa isu pemilikan saham beliau pada tahun 2015 boleh dijadikan seolah-olah skandal besar bagi menjatuhkan beliau.

Pertama, pemilikan dan pelupusan saham berlaku dalam tahun 2015 dan 2016. Harga saham yang dibeli menggunakan akaun pemilikan saham (CDS) beliau hanyalah 300 ribu ringgit, bukannya jutaan ringgit seperti yang disangka netizen. Jutaan unit saham tidak sama dengan jutaan ringgit.

Walaupun Azam Baki menjelaskan akaun tersebut digunakan oleh adiknya atas kebenaran beliau, namun bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, harga saham tersebut jika dibeli Azam sendiri pun tidak seharusnya menimbulkan keraguan ada unsur rasuah.

Menurut Wan Junaidi saham itu dibeli pada 2016 dengan harga 330,000 ringgit bagi sejuta saham atau kira-kira 30 sen hingga 33 sen sesaham. Ia juga pembelian secara beberapa kali bukannya sekaligus.

“Berdasarkan harga awal, ia bukan saham yang mahal untuk diperoleh. Saya percaya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan kita. Bagi peniaga pasaran saham yang aktif, ini perkara biasa untuk meningkatkan pegangan saham secara beransur-ansur dari semasa ke semasa terutama apabila melihat potensinya,” tegas Wan Junadi.

Wan Junaidi turut memaklumkan undang-undang atau peraturan yang ada tidak menghalang mana-mana penjawat awam daripada memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

“Bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, kakitangan kerajaan hanya dilarang berdagang dalam pasaran niaga hadapan di dalam dan luar negara, sementara mereka yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset,” katanya dalam kenyataan media.

Usaha menjatuhkan Azam Baki berterusan apabila pihak yang membuat tuduhan kini beralih daripada isu wang rasuah, kepada kesalahan di bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Azam ditohmah melanggar undang-undang SC kerana membenarkan pihak lain menggunakan akaun sahamnya dan juga persepsi terbabit dengan Insider Trading.

Realitinya, seksyen 29A akta SCDA jelas menyebut bahawa sesuatu akaun trading saham boleh dibenarkan kepada pemilik benefisial dan authorized nominee (individu lain yang dibenarkan). Dalam konteks Azam, beliau telah memberikan kebenaran kepada adik beliau Nasir Baki untuk menggunakan akaun trading tersebut.

Menurut sumber kerajaan, pembelian dan penjualan saham ini juga telah dialporkan oleh Azam Baki kepada Ketua Jabatan beliau ketika itu.

Tuduhan insider trading juga dilihat berniat jahat kerana Azam Baki bukan pihak yang mempunyai pengetahuan dalam perjalanan saham syarikat yang dibeli.

Kedua syarikat yang menjadi tumpuan dalam serangan ini ialah KBES atau kini GETs Global dan Eforce tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan SPRM sama ada dari segi perolehan tender mahupun siasatan rasuah.
Malahan berdasarkan rekod, urusan pembelian dan pelupusan saham-saham tersebut tidak mendatangkan keuntungan malahan rugi antara RM60 ribu ke RM100 ribu kepada Azam Baki.

Walaupun fakta terbentang di hadapan, terdapat pelbagai pihak yang mahu merebut keuntungan politik, populariti media dan membina nama sebagai pejuang anti-korupsi akan terus mengambil kesempatan memanaskan isu ini.

Tidak mustahil mereka yang terhimpit dan tersepit dengan tindakan SPRM sanggup membayar pelobi dan laskar maya bagi menjejaskan integriti badan ini.

Walaupun usaha membanteras korupsi termasuk dalam SPRM sendiri harus dipertingkatkan, namun kita harus tahu membezakan antara fakta dan persepsi yang cuba ditimbulkan oleh pihak tertentu.

Kita tidak mahu sehingga akhirnya orang yang baik tersingkir kerana persepsi media sosial ciptaan kumpulan tertentu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat