Khai Bahar selesa guna pengangkutan awam, tak fikir nak beli kereta

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Khai Bahar, 27, lebih selesa menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana- mana berbanding memandu kenderaan peribadi, meskipun dikenali ramai.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, bersyukur dia juga tidak pernah melupakan asal usul selama enam tahun sudah menyandang status selebriti popular.

“Saya tidak melihat ada keperluan pun membeli kereta baharu kerana tidak kisah menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) untuk ke mana-mana.

“Malah, peminat pun memang tahu saya sering menaiki LRT. Ada saya kongsikan video dalam Instagram peminat.

“Saya tak ada kemahuan nak beli kereta sebab tak tahu untuk apa atau mahu pergi ke mana,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Konsert Nafas Cinta Khai Bahar di sebuah hotel, semalam.

Penyanyi lagu Bayang ini berkata, jika ada keperluan penting contohnya urusan kerja, dia sering dijemput pengurusnya atau lebih selesa menggunakan khidmat e-hailing.

Manakala, sekiranya ingin pulang ke kampungnya di Perlis, dia akan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) kerana lebih menyenangkan.

“Perjalanan ke Perlis ambil masa sekurang-kurang lima jam untuk sampai. Saya dah biasa balik ke kampung naik kereta api.

“Saya seorang yang mudah. Misalnya, bagi saya naik kereta api lagi senang daripada penerbangan.

“Nak ke lapangan terbang dah makan masa, sampai di sana kena tunggu lagi, sudahnya sama saja. Tetap lima jam juga tempoh perjalanan yang ditempuh,” katanya.

Sementara itu, mengulas Konsert Nafas Cinta yang akan berlangsung pada 12 Februari ini, Khai berkata, ia bagi menebus kekecewaannya apabila konsert sulung terpaksa dibatalkan sebelum ini.

“Saya anggap begitu (tebus kekecewaan). Tapi, ini semuanya rezeki juga. Kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku.

“Biarlah saya buat yang terbaik untuk Konsert Nafas Cinta itu nanti. Insya-Allah saya akan buat yang terbak,” katanya.

Dalam konsert terbabit, dua penyanyi wanita iaitu Adira Suhaimi dan Aina Abdul diundang sebagai penyanyi jemputan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat