Masa Najib jadi PM saya gembira namun jauh dia beza dengan Tun Razak – Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau sangat gembira ketika Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2009 namun semuanya berubah apabila mengetahui anak Perdana Menteri kedua itu ‘main duit’.

Perjuangan dan usaha beliau menyokong Najib sebagai Perdana Menteri keenam adalah bertujuan membalas budi Tun Abdul Razak Hussein yang pernah membantu dan memberi peluang kepadanya dalam kerjaya politik.

“Najib adalah anak Tun Razak, saya terhutang budi kepada Tun Razak kerana tanpa Tun Razak saya tak dapat tempat yang saya dapat.

“Jadi saya nak sokong kuat anak Tun Razak, nak balas budi. Bila dia dilantik saya gembira.

“Bila dia jadi Perdana Menteri kalau ada masalah tanya saya kot saya boleh tolong tapi lama kelamaan saya dapati orang ini bukan macam bapaknya dia lebih utamakan dirinya.

“… dan lepas itu saya dapati dia ‘main duit 1MDB’, itu saya tak boleh terima, itu rasuah,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga mengkritik Najib yang mengajar orang Melayu tak payah malu.

“… nak malu apa saya boss. Boss curi duit, orang Melayu sokong. Ini saya tak boleh terima kerana dia merosakkan Umno daripada sebuah parti yang berjuang untuk bangsa,negara, agama menjadi parti yang berjuang untuk “cash” cash is king itu perjuangan Umno, itu bukan perjuangan Umno, saya tak boleh duduk dalam Umno macam itu.

“Kedua dia ajar orang Melayu supaya selalu bergantung kepada kerajaan meminta-minta macam peminta sedekah itu bukan pegangan orang Melayu, sepatutnya orang Melayu berasa malu bila buat sesuatu yang tak baik.

“Najib rosak ekonomi orang Melayu, Najib rosak budaya orang Melayu,” bidas beliau.

Dr Mahathir juga menyangkal naratif kononnya Najib adalah tokoh yang sesuai untuk menyatupadukan orang Melayu.

“Najib tak boleh satukan orang Melayu, dia yang memecahkan. Punca perpecahan orang Melayu.

“Perjuangan Umno bukan kerana cash, kononnya rasuah itu okay.

“Pada masa itu saya keluar (Umno) sebab itu saya tak boleh sokong Najib, oleh itu berlaku perpecahan merosotnya Umno,” katanya.

Perkembangan lain, ditanya mengapa beliau menentang semua Presiden Umno, Dr Mahathir menegaskan bahwa mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan perjuangan Umno.

“Kerana mereka buat yang bertentangan dengan dasar perjuangan Umno.

“Saya menentang Tunku kerana setelah kita merdeka dia tak buat apa pun untuk tolong orang Melayu sebab itu saya tegur walaupun waktu itu saya bukanlah ketua apa-apa cuma di Kedah saja.

“Bila pemimpin buat sesuatu yang saya berpendapat tidak menepati janji-janji parti saya terpaksa tegur, saya terpaksa ambil tindakan.

“Berkenaan dengan Abdullah Badawi dia janji dia tak buat, Najib saya sokong 100 peratus lepas tu dia datang dengan idea cash is king, rasuah itu boleh diterima jadi kalau mereka tak buat itu, saya sokong mereka. Saya tak sokong mereka kerana mereka buat benda yang tak betul,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat